Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

MANDAILING

 SEJARAH MANDAILING (MANDE NAN HILANG)
Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah di India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, karena terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Irak yang meluaskan pengaruh mereka. Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka menetap sebentar di Mandalay, yaitu ibu negara Burma purba. Besar kemungkinan nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan Mandailing yang mengikuti logat Burma. Sekali lagi mereka terpaksa bepindah karena pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang.
Pada waktu itu mereka melintasi Selat Malaka , yang pada masa itu bukan merupakan suatu lautan yang besar, sangat dimaklumi bahwa pada masa itu dibagian tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya di pisahkan oleh selat kecil saja. Kaum Munda telah berjaya menyeberangi laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di Batang Pane, Portibi, diduga peristiwa ini terjadi di akhir abad ke – 6. Kerajaan Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan meluaskan wilayah taklukannya hingga kesebahagian besar pantai Sumatera dan Tanah Melayu.
Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnyadi abad ke-9. Tenteara kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja Odap-Odap telah ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh daerah Batang Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok Maela (sempena Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan menggenggam segumpal tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru (Menempah banua).
Kerajaan kedua di Sumatera di didirikan di Pidoli Dolok di kenali sebagai kerajaan Mandala Holing artinya kawasan orang-orang Keling.  Pada masa itu mereka masih beragama Hindu memuja Dewa Siva. Di abad ke 13, Kerajaan Majapahit telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan Mandailing. Sekali lagi kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi hangus dan hancur. Penduduk yang tidak dapat di tawan telah lari kehutan dan bercampur-gaul dengan penduduk asli. Lalu terbentuklah Marga Pulungan artinya yang di kutip-kutip.
Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan tiga buah Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit namun kerajaan tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan kampung. Di pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni dan yang bungsunya Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah kerajaan baru. Betara Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari Pagar Ruyung karena kesalahan bermula dengan adiknya Putri Langgoni.
Kedua beradik tersebut berserta pengikutnya telah merantau dan mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi. Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah belaku adil dengan sepupu sebelah ibunya yaitu Putri Rumandang Bulan. Oleh kerana tidak ada lagi pewaris takhta makanya putri tersebut ditunangkan dengan Raja Gayo. Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa pergi ke Gayo beliau telah membawa satu tandan pinang masak lalu ditanamnya sebiji pinang tersebut pada setiap kali rombongan tersebut behenti hinggalah sampai di tebing sebatang sungai.
Di tebing sungei itu baginda telah melahirkan seorang anak laki-laki yang gagah dan perkasa. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang amat dasyat hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah keadaannya sehingga tujuh kali percobaan. Akhirnya seorang Datu telah memberitahu bahawa anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di bawah pohon sena tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan menjadi seorang raja yang besar di situ. Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak mendapati bahwa dia bukan lagi perawan.
Di dalam keadaan tersebut tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh orang bunian di ikuti oleh Dewa Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri tersebut di simpan kedalam sungai berdekatan lalu bermandikan dengan bunga-bunga sena yang sedang berkembang. Apabila keluar dari sungai tersebut di dapati perut-perut yang menandakan baginda telah melahirkan tidak lagi kelihatan. Maka nama sungai tersebut di kenali sebagai “Aek Batang Gadis” artinya, air sungai yang memulihkan gadis/perawan. Anak yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut telah di temui oleh rombongan Sultan Pulungan yang sedang memburu, lalu dipunggutnya.
Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah tersebut akhirnya telah berhasil melarikan diri dan mendirikan sebuah kerajaan dan kemudiannya mengalahkan Sultan Pulungan. Anak tersebut yang di kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya menjadi raja besar di Penyabungan. Oleh karena raja di Penyabungan yang tersembunyi diketahui orang akan ibunya maka dipanggilah kerajaannya sebagai kerajaan “MANDE NAN HILANG”, pendeknya Mandailing atau pun Mandehilang. Beliau juga adalah pengasas/penegak Marga Nasution., artinya orang sakti. Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke Gayo.
Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di tepi sungei yang di namakan “Aek Batang Gadis” lalu di bawa mengadap kepada Sutan Diaru di penyabungan. Setelah panjang lebar bercerita lalu pengasuh yang bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera kuning pinang masak yang membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai di bawah pohon sena di Aik Batang Gadis berserta aguk yang dikalungkan oleh ibunya Putri Rumandang Bulan. Maka ketahuanlah akan Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja Sutan Penyabungan tersebut adalah anaknya.
Seluruh isi negeri bersukaria dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara rasmi sebagai Raja Penyabungan. Pada masa yang sama juga utusan dari Kota Pinang telah datang ke Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan Pagar Ruyung kesana untuk bertemu kekandanya yang telah lama tidak berjumpa. Lalu kata Yang Dipertuan, “Beta tetap akan mengunjungi kekanda beta di Kota Pinang.” Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali sebagai Tanah Abang, dan Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik, sempena peristiwa Betara Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga Pinanyungan di Penyabungan supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun adiknya mempunyai kerajaan yang lebih besar di Pagar Ruyung.
Kerajaan Sibaroar @ Sutan Diaru di Penyabungan akhirnya bekembang luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat subur tanahnya. Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang Porang atau lebih di kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan Tanah Mandailing. Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui Muara Sipongi dan menakluki Penyambungan pada awal 1816. Kemudiannya Belanda pula memasuki Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan banyak dari raja-raja Mandailing yang menentang dan terpaksa mundur dan menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu. Orang-orang Mandailing bekas panglima tentera paderi telah memainkan peranan penting di dalam perjalanan sejarah di Tanah Melayu iaitu Tanah Pelarian.
Nama seperti Tuanku Tambusai, Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Naposo tercatat di dalam sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan Selangor. Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama, diantaranya adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau merajuk, kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai kesalahan adat atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ketangan Tentera Paderi 1816 dan gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya. Ada diantaranya di hantar ke Semenanjung.
Namun perpindahan yang paling ketara bermula sejak beramai-ramai sebagai budak/abdi dan ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga mereka untuk mencari tempat tinggal yang lebih aman. Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832.
Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya. Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan.
Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 – sewaktu beliau berunding dengan Belanda. Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan pedang Al-malik kepunyaan Tuanku Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai tanda mengambil alih pimpinan di Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol tidak dapat dipertahankan kerana kekuatan tentera Belanda, akhirnya Tuanku Bosi dengan pengikutnya tepaksa mundur ke Benteng Dalu Dalu.
Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka Tuanku Tambusai telah merencanakan pengunduran beliau bersama pengikutnya dan Benteng Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi. Tuanku Tambusai dengan diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak kepada Tuanku Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Raja Laut berundur bersama pengikut mereka ke Tanah Melayu. Benteng Dalu-Dalu jatuh ketangan Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban setelah mendapat luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut. Tuanku Tambusai, Raja Asal dan Raja Laut mendarat di Melaka dan pergi ke Lukut mencari tempat tinggal.
Tidak lama kemudian Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk mencari saki baki tentera paderi bagi mengatur serangan balas terhadap Belanda. Raja Asal meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit kekecuhan di sana, beliau pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah sekitar tahun 1843. Tuanku Tambusai mencari tempat tinggal yang terpencil di Negeri Sembilan dan menetap di sana. Raja laut berulang alik antara Sumatera dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris, Cina dan India yang melintasi Selat melaka. Maka itu beliau di sebut Raja Laut. Sekitar tahun 1850, Raja Asal telah meinggalkan Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya.
Di Pahang Raja Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan melombong bijih timah dan berjual beli bijih timah. Raja Asal telah dapat menembusi istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan keluarga pembesar di Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir anak Tun Ali. Tun Ali mangkat pada tahun 1857. Raja Asal telah berkahwin dengan Wan Putih atau dalam bahasa Mandailing di panggil Siputeh. Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 – 1863, Raja Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin dengan keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru.
Perang saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada Tun Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama ‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor. Di Selangor Raja Asal kembali menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana Paderi yang diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai saki-baki tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau sentiasa berhubung dengan Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan saki-baki tentera Paderi di Sumatera.
Tuanku Tambusai yang sudah uzur tidak lagi memainkan peranan penting untuk memulihkan semula kekuatan Paderi di Sumatera. Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut. Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh kerangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’ Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-oranag Mandailing. Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor.
Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari nggeris. Walaupun pada mulanya Raja Asal, Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat baik tetapi pada tahun 1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy atas urusan perniagaan bijih timah. Pada bulan Mei 1872, Raja Asal bersama Raja Laut telah membawa angkatan perang mereka untuk menyerang Kuala Lumpur. Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan Cheras sekarang, bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi dari Sumatera. Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukan Raja Asal/Raja Laut dengan pasukan Kapitan Yap ah Loy yang di bantu oleh Kapten Van Hagen dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan teruk di mana seramai 730 tentera mereka telah terkurban.
Kejayaan Raja Asal dan Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi, Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal – bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tetera Paderi.
Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku. Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Raja Asal di Ulu Kelang. Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang. Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing.
Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat mendarat di Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka kubu Raja Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang. Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka. Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei.
Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak. Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun.
Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut. Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning. Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik.
Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning. Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta.
Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut “telor” orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh. Raja Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun. Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali sebagai Siputeh.
Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak. Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesa-pembesar Negeri Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak. Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya.
Paktan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam. Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim Belanja, Penghulu Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak saudara kepada Raja Asal. Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada tahun 1875 Mukim Belanja belum lagi diujudkan.
Sila lihat perlantikan Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang pertama. Semasa J.W.W . Birch di bunuh Raja Asal sudah mula gering dan tidak mampu lagi mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai bagi pihak Raja Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang $3,000.00 kepada pihak yang berkuasa. Sepanjang keadaannya gering itu Raja Bilahlah yang menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja Bilah telah meminta Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya supaya dapat beliau membayar semua hutang tersebut. Setelah enam bulan kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang tersebut dapat diselesaikan.
Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan dari kekalahan serta kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang aktif di dalam urusan maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja Bilah. Tuanku Raja Asal telah meninggal dunia pada 1878 dan di semadikan di Changkat Piatu di antara pertemuan Sungai Pinji dengan Sungei Kinta. Sehingga hari ini makam beliau masih tertegak megah di atas tanah perkuburn Changkat Piatu.
Sumber : (Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia).

Thursday, October 19, 2017

Google Adsense Itu Apa...???


Pengertian Google Adsense

AdSense adalah program kerjasama periklanan melalui media Internet yang diselenggarakan oleh Google. Melalui program periklanan AdSense, pemilik situs web atau blog yang telah mendaftar dan disetujui keanggotaannya diperbolehkan memasang unit iklan yang bentuk dan materinya telah ditentukan oleh Google di halaman web mereka. Pemilik situs web atau blog akan mendapatkan pemasukan berupa pembagian keuntungan dari Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pengunjung situs, yang dikenal sebagai sistem pay per click (ppc) atau bayar per klik.

Selain menyediakan iklan-iklan dengan sistem bayar per klik, Google AdSense juga menyediakan AdSense untuk pencarian (AdSense for Search) dan iklan arahan (Referral). Pada AdSense untuk pencarian, pemilik situs web dapat memasang kotak pencarian Google di halaman web mereka. Pemilik situs akan mendapatkan pemasukan dari Google untuk setiap pencarian yang dilakukan pengunjung melalui kotak pencarian tersebut, yang berlanjut dengan klik pada iklan yang disertakan pada hasil pencarian. Pada iklan arahan, pemilik situs akan menerima pemasukan setelah klik pada iklan berlanjut dengan tindakan tertentu oleh pengunjung yang telah disepakati antara Google dengan pemasang iklan tersebut.


Berarti setiap artikel blog maupun web bisa dipasang google edsensi (perusahaan periklanan milik google) dan jika ada orang lain atau pengunjung di blog  atau website anda dia tertarik dengan iklan yang sudah kita sepasang sebelumnya di google edsense tersebut maka kita  akan mendapatkan komisi dari Google. 

Berbagai macam tipe iklan dari google adsense dapat kita pilih sesuai dengan struktur (thema) website/blog Kita, tipe iklan yang di sediakan oleh www.google adsense
  1. Adsense for Content
    Adsense for content merupakan tipe iklan yang umum digunakan oleh para internet marketer. Iklan google adsense akan tampil di bagian konten/artikel dari situs atau blog anda tersebut.
  2. Adsense for Search
    Tipe iklan adsense kedua adalah adsense for search. Publisher akan menampilkan mesin pencari google pada website/blognya. Komisi akan didapatkan publisher bila pengunjung melakukan pencarian pada mesin pencari yang tampil pada website tersebut.
  3. Adsense for Video
    Tipe iklan google adsense yang for video ini ditujukan pada publisher yang berkecimpung di media sosial youtube.
  4. Adsense for Mobile
    Khusus adsense for mobile merupakan tipe iklan GA yang khusus untuk tampil pada handphone/HP/Mobile.

Bagaimanasih cara daftar Google Adsense? 
  1. Harus Mempunyai Akun Google (kalau anda ngak bisa ngedaftarkan akun google aku harapkan diurungkan niatnya untuk ngedaftar di akun edsense "kambing dipelihara om jangan bodoh)
  2. Kalau anda sudah mempunya blogger bisa langsung dafta dari blogger di (penghasilan) kalau anda mempunyai akun youtube bisa juga langsung sih, tapi youtube  dan blogger baeknya harus satu kesatuan biar kuat penghasilannya om
Ketika Anda mendaftar ke AdSense, kami meminta Anda untuk memberitahukan URL situs tempat Anda ingin menampilkan iklan. Agar berhasil membuat akun AdSense, URL yang Anda sediakan:
  • harus merupakan situs yang Anda miliki (domain Milik Sendiri)
  • tidak boleh berupa halaman atau direktori
  • tidak boleh berisi parameter apa pun
Misalnya, Anda adalah pemilik domain example.com dan itu adalah situs yang ingin Anda monetisasi dengan AdSense. Di kolom "URL situs Anda", Anda masukkan example.com.

oia om Anda hanya bisa membuat satu akun Adsense dengan menggunakan nama Anda. Dengan sebuah akun Adsense anda bisa memasang kode iklan Adsense pada banyak web/blog.

oiiia Om Jangan Lupa Klik Iklannya ya hehehehe (saling berbagi itu namanya om hehee)



















Wednesday, October 11, 2017

Upload dan download video tanpa batas dan Penghasilkan dolar Tanpa batas


Vidoza.net adalah tempat yang tepat untuk menonton Video & mendengarkan Audios secara online. pada dasarnya menyediakan platform yang sempurna untuk mengupload, berbagi dan melihat video tapi tidak mendownloadnya.

Apaka anda pernah merasa menyukai beberapa video dan ini terlalu menarik sehingga Anda ingin menontonnya lagi dan lagi. Tapi Anda takut itu bisa terhapus atau dihapus atau data Anda terbatas sehingga Anda tidak dapat mengunjungi kembali ke Vidoza.net setiap kali Anda ingin menontonnya. jadi Anda ingin menyimpan video tertentu Offline untuk ditonton kapan saja & di manapun Anda inginkan. 
Nah sekarang Anda selangkah lebih dekat untuk mendownload video favorit Anda langsung ke perangkat Anda dan juga tanpa menggunakan perangkat lunak atau add-on nay. Sekarang yang Anda butuhkan adalah mengikuti petunjuk ini untuk menyimpan / mendownload video Anda langsung ke ponsel Android, PC, atau perangkat lain Anda dan tonton nanti tanpa terhubung ke internet menggunakan Best Vidoza Downloader Online.
Cara mendaftar atau Sign up Vidoza :
  1. Buka Situs  https://vidoza.net
  2. Signup atau Create a new account  
  3. Isi semua data yang tertara dibawah baru  register
  4. Dan Uploadlah Video anda Sepuasnya
  5. dan selamat anda dan Mari mencari pundi pundi dolar dikit demi sedikit hehehe
  6. jangan lupa like

Contoh Video Hasil Penyimpanan
  1.  http://bit.ly/2yFP4kV
  2. http://bit.ly/2yG7WQL
  3. http://bit.ly/2hCHrAT
  4. http://bit.ly/2kJtp5e
  5. http://bit.ly/2z1CE2L
  6. https://vidoza.net/pfwlwuqwwhjl.html (khusus Diatas +18)

Monday, October 9, 2017



Apa itu Clixsense?


Clixsense adalah salah satu program affiliasi atau periklanan yang akan membayar anda untuk melakukan klik URL iklan yang mereka tampilkan dan juga merekrut ahli baru secara percuma. Untuk satu iklan hanya memerlukan masa sekitar 30 saat. Satu iklan berharga sekitar $0.01 hingga $5 bergantung harga yang di berikan oleh pemasang Iklan.

CLIXSENSE berada di level ELITE SITE versi PTC-Investigation. Sejak tahun 2007 sudah membayar lebih dari $ 1.000.000,00 kepada jutaan membernya diseluruh dunia, Dengan ke-legitimasiannya yakinlah bahwa Clixsense akan dapat bertahan lama karena tidak menganut PTC Scam atau Ponzi Schem. Clixsense merupakan sebuah situs affiliasi PTC/PTSurv. terbesar didunia saat ini, dengan eksistansinya dan ke-legitimasiannya yang wajib diikuti para pebisnis online untuk menjadikan program penghasilan Anda, bisnis ini sangatlah meyakinkan jika anda bisa meluangkan waktu 30 menit sehari anda bisa mendapatkan kurang lebih $50-$100 perbulan

BAGAIMANASIH CARA MENDAFTAR CLIXSENSE

Silahkan kunjungi web Clixsense, klik di sini atau Langsung Klik link ini www.clixsense.com Sebelumnya terima kasih bagi sobat yang bersedia mendaftar di Clixsense melalui link referral saya. Tidak ada ruginya kok sob, saya akan membagikan info mengenai PTC Clixsense ini ke sobat semua tanpa ada yang saya tutup-tutupi dan siap membantu sobat tatkala menemui kendala selama mengais rezeki di situs PTC ini. Silahkan hubungi saya melalui halaman "Contact Us" jika ingin bertanya-tanya). Bila anda menjadi Referral saya, maka saya akan membalas kebaikan Anda dengan cara menjadi Sponsor yang akan mensuport Anda, siap menjawab pertayaan2 seputar clixsense,


Saturday, October 7, 2017

Situs Penyedia dan Penghasil Dolar dengan Bayaran yang lebih TINGGI dari google adsense.

Penyedia Iklan CPM Terbaik yang 
Membayar Mahal
Dalam postingan saya kali ini. Saya akan membagikan 40 situs penyedia iklan CPM terbaik yang membayar iklan anda lebih mahal, dimana Anda bisa mendapatkan penghasilan tambahan dari blog atau website Anda.  seperti  Iklan berbasis CPM ( Cost Per Million ) CPM ( Cost Per Million ), yaitu Pemilik blog/website akan di bayar setiap seribu iklan tampil (atau tergantung dengan ketentuan dan peraturan penyedia iklan) pada blog/website penayang sehingga tidak peduli apakah ada iklan yang di click atau tidak. Sederhananya jumlah bayaran yang akan kita peroleh berdasarkan jumlah penayangan.
21. www.hubtraffic.com- Situs untuk orang dewasa
40. www.robertsherman.com


jangan lupa untuk berbagi dengan teman-teman Anda di facebook, twitter dan situs sosial lainnya sekian dan terimakasih.








 

Friday, September 8, 2017

Google Latih 25 Ribu Developer di Indonesia

Liputan6.com, Jakarta - Google pernah mengumumkan komitmennya melatih 100 ribu developer Indonesia hingga 2020. Komitmen ini disampaikan saat Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkunjung ke markas Google di Mountain View, California, Amerika Serikat pada Februari 2016.

Menurut Shinto Nugroho, Head of Public Policy and Government Relation Google Indonesia, saat ini Google sudah melatih setidaknya 25 ribu pengembang Android di Indonesia.

"Dari 100 ribu developer hingga tahun 2020 yang sebelumnya ditargetkan saat kunjungan Presiden Jokowi ke Silicon Valley, sekarang sudah ada 25 ribu," kata Shinto saat gelaran Android Hackathon di Jakarta, Kamis (7/9/2017) malam.

Shinto mengatakan, saat itu komitmen Google diumumkan pada Februari 2016 dan mulai direalisasikan sejak semester 2 2016. Dengan pencapaian melatih 25 ribu developer, Shinto percaya Google bisa merealisasikan target melatih 100 ribu developer Android di Indonesia.

Shinto mengatakan, penggunaan internet di Indonesia yang kian masif memang perlu diiringi dengan mencetak banyak developer.

"Dengan begitu, ketakutan bahwa orang Indonesia hanya menjadi pengguna bisa dipatahkan karena mulai banyak yang menjadi kreator," tuturnya.

Sekadar diketahui, upaya pelatihan developer di Indonesia oleh Google salah satunya dilakukan dengan program Indonesia Android Kejar (kelompok belajar). Program ini berdasarkan kurikulum yang sudah dimiliki Google, namun disesuaikan agar bisa diaplikasikan di Indonesia.

Kurikulum tersebut juga telah dirancang agar bisa dipakai oleh pengguna di berbagai usia. "Kurikulum yang dikustom ini bisa dipakai oleh peserta yang berusia 13 tahun sampai yang sudah hampir pensiun. Jadi ada tahap untuk beginner, intermediate, hingga advance," katanya.

Selain itu, untuk mencapai target melatih 100.000 developer di Indonesia, Google juga bekerja sama dengan 80 universitas, baik negeri maupun swasta di Jawa, Bali, dan Sumatera yang kampusnya memiliki Fakultas Ilmu Komputer (Fasilkom) atau jurusan Ilmu Komputer.
(Tin/Isk)

Situs Penyedia dan Penghasil Dolar

Penyedia Iklan CPM Terbaik yang  Membayar Mahal Dalam postingan saya kali ini. Saya akan membagikan 40 situs penyedia iklan CPM ...